persembahan hari pertama: kik politeknik malaysia ... - UNIT KIK PSP

persembahan hari pertama: kik <b>politeknik</b> malaysia <b>...</b> - UNIT KIK PSP


persembahan hari pertama: kik <b>politeknik</b> malaysia <b>...</b> - UNIT KIK PSP

Posted: 04 Jul 2012 05:33 PM PDT

AL-FALAH

POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH

Tajuk Projek: e-CEO (e-Course Evaluation Online)

Huraian Projek / Masalah:

Dasar kerajaan menetapkan bahawa setiap kakitangan awam perlu menghadiri kursus minimum TUJUH (7) hari setahun. Keberkesanan kursus yang diikuti perlu dinilai bagi memastikan penjawat awam menerima manfaat daripada kursus yang telah dihadiri. Walau bagaimanapun, proses menganalisa keberkesanan kursus menggunakan kaedah manual melibatkan penggunaan masa ketika proses menganalisa data, penggunaan kertas yang banyak, data-data maklumbalas tidak tepat dan kurang lengkap dan ini menjejaskan kualiti dan ketepatan penganalisaan statistik keberkesanan kursus.

Cadangan Penyelesaian:

Membangunkan sistem penilaian keberkesanan kursus secara atas talian dengan menggunapakai komponen sedia ada dalam sistem Curriculum Document Online System (CIDOS).

Faedah Projek:

Pembangunan e-CEO dengan mengadaptasi komponen sedia ada CIDOS yang dapat memberikan 100% tahap ketepatan analisis data.

                                           

JEBAT

POLITEKNIK KOTA MELAKA

Tajuk Projek: ENDPOINT LABORATORY MANAGER (ELaM)

Huraian Projek / Masalah:

Buku merah merupakan mekanisma yang telah digunakan semenjak Julai 2007. Buku merah di gunakan untuk mengukur dan merekod penglibatan pelajar di dalam aktiviti ko- kurikulum luar yang dianjurkan atau sertsi oleh Politeknik Melaka (PMK).Setiap pelajar yang menyertai aktivti akan diberikan markah tertentu mengikut kategori dan kumpulan pelajar yang paling aktif akan diberikan peluang menghadiri Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar (MAKP), PMK.. Walau bagaimanapun pertambahan bilangan pelajar dan aktivti yang disertai , wujud masalah didalam proses untuk megumpul data dan mengira jumlah markah didalam Buku Merah tersebut.

Cadangan Penyelesaian:

Pelaksanan e-SIAP telah diwujudkan untuk menyelesaikan masalah yang

dihadapi.

Faedah Projek:

Penyelesaian masalah dengan mengunakan SIAP memberikan impak yang berkesan. SIAP mampu menjimatkan kos dan masa.

SPATAR 201

POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN

TIADA DATA

GO GREEN

POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH

TIADA DATA

ITM3 (IT & MATHS)

POLITEKNIK KUCHING SARAWAK

Tajuk Projek: SISTEM PENDAFTARAN ATAS TALIAN AR 201

Huraian Projek / Masalah:

Projek XC2 merupakan sebuah sistem pengurusan yang telah dibina dan dinaiktaraf berdasarkan kepada program XCompile. Ianya telah dibina pada Oktober 2011. XCompile telah siap dan telah digunakan di Politeknik Kuching Sarawak sepenuhnya. Selain itu, ianya juga telah digunakan di kebanyakan politeknik Malaysia yang lain pada sesi Disember 2011. XCompile digunakan untuk menguruskan sistem dokumentasi peperiksaan, penilaian & pentaksiran sahaja dan kini XC2 mampu diakses oleh pensyarah dan ketua program secara atas talian dalaman politeknik.

Cadangan Penyelesaian:

Sebuah projek telah dilakukan untuk menaik taraf XCompile yang sedia ada agar sistem ini memiliki nilai tambah yang lebih tinggi dengan terhasilnya XC2 (XCompile Plus dan XCompile Extra). XCompile Plus adalah program yang dibina untuk kegunaan pensyarah manakala XCompile Extra pula dibina untuk kegunaan ketua program

Faedah Projek:

.Sistem pengurusan yang baru ini mampu untuk menyimpan data pencapaian kursus ke dalam database dan seterusnya digunakan oleh ketua program. Dengan ini, analisis pencapaian pelajar bukan sahaja mampu dibuat di peringkat kursus sebaliknya mampu untuk menganalisis pencapaian pelajar di peringkat program dan seterusnya mengukur tahap pencapaian pelajar pada akhir sesi pengajian.

SEVEN STAR

POLITEKNIK UNGKU OMAR

Tajuk Projek: ENDPOINT LABORATORY MANAGER (ELaM)

Huraian Projek / Masalah:

Elam merupakan satu projek komputer tanpa cakera yang dibangunkan untuk memudahkan urusan juruteknik dalam penyelenggaraan sistem operasi dan perisian di makmal-makmal komputer. Penyelenggaraan sistem operasi,

perisian dan perkakasan merupakan rutin kerja juruteknik dan penyelia

makmal yang perlu diuruskan dengan baik sebelum semester bermula. Projek ini akan membolehkan juruteknik makmal menyelenggara komputer yang ada tanpa kekangan dan masalah cakera keras sedia ada kerana ianya tidak lagi memerlukan cakera sepertimana komputer sediada.

Cadangan Penyelesaian:

Menbangunkan Projek Endpoint Laboratory Manager (ELaM)

Faedah Projek:

Dengan adanya ELaM ini, banyak kelebihan yang dapat diperolehi daripadanya terutamanya tentang masa untuk konfigurasikan perisian, kos perbelanjaan cakera keras yang tiada, jimat kuasa dan memudahkan urusan kerja rutin ju-ruteknik yang biasa

EXCEL

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH

TIADA DATA

MAGNIFICENT

POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN

Tajuk Projek: MASALAH TEMPAT PENYIMPANAN KUNCI DI JKM PTSS

Huraian Projek / Masalah:

Jabatan Kejuruteraan Mekanikal di PTSS mempunyai lapan buah makmal dan empat buah bengkel. Kunci bagi setiap makmal dan bengkel mempunyai nilai yang tinggi, di mana harga setiap kunci adalah harga bagi setiap barang di mak-mal dan bengkel itu sendiri. Oleh itu sistem penyimpanan dan penggunaan kunci yang sistematik dan selamat harus diuruskan dengan baik agar wang dan masa dapat dijimatkan. Maka, satu tempat penyimpanan kunci telah di-rekabentuk untuk meningkatkan pengurusan sistem penyimpanan dan peng-gunaan kunci yang sedia ada. Malah, tahap keselamatan kunci juga telah dapat dipertingkatkan.

Cadangan Penyelesaian:

Merekabentuk satu sistem penyimpanan kunci yang mempunyai ciri-ciri seperti dilengkapi sistem yang menjamin kunci akan lebih selamat, kedudukan kunci lebih teratur dan sistematik dan mudah dikendalikan.

Faedah Projek:

Berjaya mengurangkan risiko ketiadaan kunci di tempat yang sepatutnya apa-bila ia diperlukan .Tahap disiplin staf meningkat dengan adanya SOP yang jelas.

GEO9

POLITEKNIK UNGKU OMAR

Tajuk Projek: APLIKASI GIS UNTUK PENGURUSAN 5S

Huraian Projek / Masalah:

Amalan Persekitaran Berkualiti 5S Politeknik Ungku Omar telah dilancarkan pada 12 Mei 2009. Pada awalnya PUO mensasarkan untuk mendapatkan persi-jilan pada bulan Julai 2011 yang lalu tetapi hingga kini masih belum berjaya mendapatkannya. Sistem penyimpanan maklumat seperti pelan bangunan dan bilik serta zon-zon kawasan yang diodit di bawah amalan ini yang diamalkan sekarang ini adalah secara manual iaitu menggunakan sistem pemfailan secara manual. Amalan ini menyebabkan carian data tidak efisyen.

Cadangan Penyelesaian:

Sistem maklumat berkomputer yang mampu mengendalikan data spatial dan data atribut harus dibangunkan. Sistem sebegini mampu menyelesaikan ma-salah carian data yang tidak efisyen disamping dapat memaparkan data dengan cara yang lebih memberangsangkan.

Faedah Projek:

Sistem mampu menyelesaikan masalah carian data yang tidak efisyen disamp-ing dapat memaparkan data dengan cara yang lebih memberangsangkan.

THE FAME

POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH

Tajuk Projek: Penambahbaikan Capaian Maklumat Akademik Dan Pengurusan Di Jabatan Perdagangan


Huraian Projek / Masalah:

Kumpulan ini telah membangunkan satu i-Data bagi memudahkan capaian akademik dan pengurusan di Jabatan Perdagangan. Tindakan ini di buat adalah untuk memudahkan pensyarah-pensyarah di Jabatan Perdagangan mendapatkan maklumat akademik pelajar yang diajar dengan merujuk kepada i- Data sahaja. Punca masalah adalah kesukaran mendapat maklumat dengan segera terutama berkaitan maklumat pelajar, kesukaran membuat analisa semakan kehadiran dan penilaian berterusan, penggunaan fail yang banyak dan berlebihan, ruang simpanan yang terhad, penggunaan kertas yang berlebihan.

Cadangan Penyelesaian:

i-Data diwujudkan melalui server PSA iaitu polpsanas02 untuk kemudahan pen-syarah mencapainya tanpa menunggu lebih lama. Projek ini telah dapat mengu-rangkan tempoh masa menunggu, tempoh masa mencari dan dapat menjimatkan kos penggunaan kertas yang banyak. Fail Rancangan Mengajar dapat disiapkan dengan lebih cepat dan efektif. Perolehan maklumat yang dikehendaki dalam yang lebih cekap, cepat dan efektif melalui i-Data. Proses kerja dapat dikurang-kan terutama dalam penghantaran maklumat kepada pensyarah terlibat.

Faedah Projek:

Penjimatan masa sebanyak 809 hari, sebelum resolusi 986 dan selepas resolusi 177 hari iaitu 91 hari melibatkan masa mencari maklumat dan 86 hari masa menunggu maklumat.Penjimatan kos sebanyak RM3276, sebelum resolusi RM3900 setahun dan selepas resolusi RM 624setahun. Penjimatan bebanan kerja, purata gaji seorang pensyarah RM45600 setahun, penjimatan sebanyak RM8185.80

BRILLY ANT

POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 

Tajuk Projek: ECOSys

Huraian Projek / Masalah:

Satu sistem fail elektronik berpusat yang menggunakan kaedah talian sesawang untuk menyatukan dokumen P&P seperti sukatan pelajaran yang boleh diakses oleh kakitangan pengajian am.

Cadangan Penyelesaian:

Mewujudkan satu lokasi web yang menyimpan fail semua bahan P&P yang bo-leh diakses oleh semua staf JPAM.

Faedah Projek:

Dapat menjimatkan waktu pencarian fail sebanyak 60%.Memudahkan pen-syarah mendapatkan dokumen P&P dengan cepat dan tersusun.