Portal Rasmi Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah - CIDOS

Portal Rasmi Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah - CIDOS


UCAPAN PENGARAH

Posted: 05 May 2013 07:56 PM PDT

Assalamualaikum Wbt & Salam 1 Malaysia,

Selamat datang kepada semua pengunjung portal Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB). Saya amat berbesar hati dan sukacita mengalu-alukan anda semua ke portal PTSB.

Pada masa kini, wadah teknologi maklumat adalah merupakan medan penyampaian informasi terkini yang lebih berkesan dan cepat. Justeru itu, PTSB sentiasa berusaha untuk mengaplikasikan ruang laman ini bagi membina jaringan komunikasi secara lebih meluas dengan pihak luar. Adalah diharapkan laman ini dapat diakses semudah mungkin oleh semua lapisan masyarakat dan segala maklumat penting berkaitan PTSB boleh dicapai dengan tepat dan cepat. Sebarang perkongsian maklumat, pandangan dan kritikan yang membina melalui laman ini adalah amat dihargai demi untuk memantapkan lagi pengurusan maklumat dan perkhidmatan yang disediakan.

PTSB juga mengalu-alukan sebarang bentuk jalinan kerjasama dan berharap agar kita dapat bersama-sama berganding bahu dalam usaha menjayakan Agenda Trasformasi Negara khususnya dalam menerajui Technical Vocational Education And Training (TVET).

Akhir kata, saya percaya setiap warga PTSB sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik supaya kecemerlangan PTSB terus dapat direncanakan dengan lebih sempurna untuk masa hadapan yang lebih gemilang.

Sekian, terima kasih.

 

Mej. (K) Mohd Noor Bin Shahudin

Pengarah Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah

INSTRUMENT RATING LECTURERS BY STUDENT JUNE 2014 SESSION

Posted: 26 Oct 2014 12:25 AM PDT

Notification to all students PTSB, you MUST make an assessment of all the lecturers who taught you at the session in June 2014. The assessment starts October 20 until November 23, 2014.

GREEN CARD CIDB LATIHAN INDUSTRI SESI DIS 2014

Posted: 26 Oct 2014 12:10 AM PDT

Adalah dimaklumkan bahawa 'Green Card CIDB' pelajar latihan industri sesi Dis 2014 telah siap dan berada di Unit Perhubungan dan Latihan Industri ( UPLI ), PTSB.

Kad tersebut boleh diambil di UPLI bermula esok ( 27 Oktober 2014 - 9.00 pagi ).

JADUAL PERLAKSANAAN PROSES TAMAT LATIHAN INDUSTRI SESI JUN 2014

Posted: 26 Oct 2014 12:04 AM PDT

Perhatian kepada semua pelajar yang sedang menjalani latihan industri sesi Disember 2013.

Berikut adalah merupakan Jadual Perlaksanaan Latihan Industri Pelajar Selepas Tamat Menjalani Latihan Industri di organisasi bagi sesi Jun 2014.